Bahagian Samarahan mempunyai empat daerah pentadbiran: Kota Samarahan, Asajaya, Serian dan Simunjan.
Kebanyakan pendudukan Samarahan adalah dari kaum Melayu, Iban, Bidayuh dan Cina.Samarahan dikenali sebagai Pusat Pendidikan Tinggi di Sarawak.Kewujudan UNIMAS (Universiti Malaysia Sarawak), UiTM (Universiti Teknologi Mara), Institut Perguruan Tun Abdul Razak, Institut Latihan Perindustrian, Pusat Sumber Sarawak, INTAN dan Giat Mara.
Bahagian Samarahan dihubungkan oleh 2 batang sungai yang besar iaitu Batang Samarahan dan Batang Sadong. Penempatan kebanyakan penduduk asal Samarahan di tepi sungai dipengaruhi oleh kepentingan sungai sebagai sumber ekonomi dan perhubungan. Kampung-kampung yang terdapat di Samarahan dan Sadong dapat dihubungi melalui sungai-sungai.
No comments:
Hantar Ulasan Anda..
Peringatan: Pastikan ulasan anda tidak terpesong dari topik utama. Sebarang komen yang sensitif tidak akan dipaparkan. Harap maklum.